13 Perkara Yang Wajib Dipelihara Oleh Wanita
| Alhamdulillah sekali lagi Dr Fuh diberi kesempatan untuk mengongsikan
satu artikel ilmiah dengan anda semua pembaca blog Dr Fuh yang
dikasihi. Artikel kali ini bukan dikhususkan kepada wanita sahaja bahkan
para lelaki juga patut mengambil tahu akan perkara ini supaya dapat
mendidik anak-anak perempuan dan juga isteri kelak. Sama-sama kita baca
dan fahami betul-betul. In Shaa Allah banyak manfaatnya.
13 Perkara Yang Wajib Dipelihara Oleh Wanita
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah
melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau
meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu
Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
– Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –
Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada
mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari
Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada – Hendaklah
mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan –
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu
ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat
Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah
kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) –
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku
yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis
Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.
<img class="aligncenter size-full wp-image-4422" alt="13 Perkara Yang Wajib Dipelihara Oleh Wanita.
Sama-sama kita baca dan fahami betul-betul. In Shaa Allah banyak
manfaatnya.”
src=”http://fuh.my/wp-content/uploads/2013/08/tutup-aurat.png”
width=”500″ height=”500″ />
12. Pakaian –
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok
mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn
Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai
nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada
maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak
akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu.
13. Rambut – Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak
mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.