Terbaru, penyanyi dan pelakon Fida
Ibrahim telah dikecam hebat oleh sesetengah pengikutnya di laman
perkongsian gambar popular itu apabila dia mengenakan pakaian ketat
dalam sebuah sesi 'photoshoot'.
Dengan berpakaian gaun berwarna silver
dan turban hitam, pakaiannya itu dilihat tidak selaras tuntutan menurut
aurat dalam Islam.
Bagi penulis, tak salah sekiranya hendak
memberi sebarang komen, tetapi bahasa yang digunakan haruslah sopan dan
bertertib kerana masyarakat di sini memang terkenal dengan ketinggian
budi bahasa yang menjadi budaya kita.
Jadi, apa salahnya gunakan bahasa yang lebih elok dan sopan supaya si artis itu tidak tersinggung dengan komen anda kan.
Dan diharapkan Fida dapat belajar
sesuatu daripada perkara ini supaya dirinya tidak lagi menjadi mangsa
cemuhan peminat di luar sana.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.