Persembahan penyanyi remaja Miley
Cyrus dikritik hebat sesetengah pelayar laman video Youtube apabila
ramai mengatakan aksinya ketika beraksi di pentas Anugerah Muzik Video
MTV semalam sebagai sesuatu yang keterlaluan.
Ketika mendendangkan lagu hits
terbarunya, We Can’t Stop, Cyrus sentiasa menjelirkan lidahnya selain
beraksi separa lucah dengan penyanyi duetnya, Robin Thicke ketika
menyampaikan lagu popular Thicke, Blurred Lines.
Miley yang mula popular dengan siri
drama terbitan Disney Channel, Hannah Montana kini diihat seakan-akan
berusaha terlalu keras untuk membuang imej gadis baik atau ‘girl next
door’ ketika zaman Hannah Montananya.
Malah kebanyakan selebriti yang hadir
turut dilihat kurang menyenangi aksi yang dipaparkan Cyrus kerana majlis
itu disiarkan secara langsung dan tindakannya itu adalah tidak wajar
untuk tontonan peminat-peminat ciliknya.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.