Choong Mee Chin, 30, yang menghadapi pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia lima tahun itu, tiba di sanatorium berkenaan pada tengah hari dengan diiringi anggota polis serta pegawai kesihatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta.
Suri rumah yang mendapat pelepasan bagi menghadiri upacara itu juga berpeluang berjumpa dua anaknya yang lain, seorang lelaki berusia tujuh tahun dan perempuan berumur dua tahun, yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Wanita yang ditahan di Hospital Bahagia atas perintah mahkamah bagi pemeriksaan psikiatri itu, ketika menatap wajah anaknya untuk kali terakhir, kedengaran mengucapkan dengan suara perlahan “pergi dengan baik, pergi dengan tenang” dalam bahasa Cina.
Ketika suaminya, Ho Kok Peng, 39, dan dua anak mereka datang menghampirinya, Choong dilihat berkata sesuatu kepada anak sulungnya dengan linangan air mata.
Anak sulungnya juga dilihat mengatakan sesuatu kepada Choong yang cuba mengesat airmatanya yang bercucuran dan beberapa minit kemudian kedua-dua anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada Choong dengan melambai-lambaikan tangan ketika mereka dibawa oleh Ho ke kenderaan JKM.
Keadaan itu membuatkan suasana di sanatorium bertambah pilu malah ada yang turut menitiskan air mata.
Sejurus selepas itu, Choong dibawa dengan kereta polis untuk upacara persemadian anaknya di Krematorium Kek Look Seah di Bercham di sini.
Semalam, ibu itu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh anaknya yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Ahad lepas.
Pada 20 Ogos lepas, Choong didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak terbabit dengan memukul kepala dan seluruh badannya menggunakan rotan di kediaman mereka serta dituduh mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu di sini, pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. – BERNAMA
Iklan Teks:
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.