28 Ogos 2013

Tiada TANDA PUTERA Di Pulau Pinang! – Guan Eng

Posted by bong dom On Rabu, Ogos 28, 2013 | No comments



GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata filem tersebut dijadual ditayangkan pada Khamis (29 Ogos) mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum.
Beliau berkata kerajaan negeri kecewa apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia membenarkan penayangan filem berkenaan tanpa memotong beberapa babak yang boleh mencetuskan provokasi.
Lim berkata dalam filem berkenaan, beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.
“Pengarah filem sendiri berkata beberapa insiden tersebut tidak berlaku namun beliau dengan sengaja menambahkan babak berkenaan bagi menjadikan filem tersebut lebih menarik.
“Beliau dengan sengaja menggunakan perkataan ‘lesen kreatif’ namun ia tidak memberikan ada lesen untuk menipu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Rabu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan pekeliling kepada semua panggung wayang namun mereka tidak mempunyai kuasa ke atas kandungan filem bekernaan.
Bagaimanapun, dalam soal menjaga sensitiviti dalam filem berkenaan beliau berkata, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai akan mengeluarkan surat meminta semua panggung wayang tidak menayangkan filem berkenaan.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut