PETALING JAYA – Pelakon Zarina Zainuddin
menyifatkan kehidupan bermadu iaitu berkongsi kasih suami bukanlah satu
perkara buruk seperti yang digambarkan oleh kebanyakan wanita.
Zarina, 43, berkata, selama 20 tahun
menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan, hubungan beliau
dengan madunya sentiasa baik.
“Sebagai isteri kedua, saya kena sedar bahawa kedudukan isteri pertama harus diberi keutamaan. Saya akur dengan perkara itu.
“Apa yang penting hati perlu dibersihkan
agar diri kita menjadi lebih positif dalam sesuatu perkara. Saya pun
tidak mahu suami pening kepala gara-gara kena melayan karenah isteri
masing-masing.
“Mungkin ramai wanita menyifatkan hidup
bermadu sangat buruk tetapi Alhamdulillah, kami bahagia hidup bersama
dan kami tahu peranan masing-masing,” katanya.
Zarina berkata demikian selepas diminta berkongsi pengalamannya hidup bermadu sejak 20 tahun lalu.
Tambah pelakon itu, hubungan yang akrab
bersama madunya membuatkan mereka turut menjadi rakan kongsi menjalankan
perniagaan kecantikan bersama-sama.
“Mungkin ada yang nampak pelik tetapi saya dan madu saya benar-benar serasi malah kami membuka perniagaan bersama.
“Kami juga pernah bercuti bersama. Cuma
apabila dia bersama suami, saya akan jauhkan diri dengan anak-anak untuk
memberi peluang mereka bercerita.
“Kadang-kadang rasa bagus juga hidup
begini kerana apabila suami bersama isteri pertama saya dapat meluangkan
masa untuk diri sendiri pula,” tuturnya.
Dalam pada itu, Zarina berkata, dia juga tidak mempunyai halangan jika suaminya mahu menambah isteri ketiga.
Zarina kini memiliki empat orang anak
lelaki termasuklah sepasang kembar berumur 17 tahun, Muhammad Razil
Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai,10 dan Muhammad
Adam Azrai yang berusia tujuh tahun
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.