5 Oktober 2013

Bukankah UMNO tak campurtangan urusan SPRM?

Posted by Unknown On Sabtu, Oktober 05, 2013 | No comments


Berita diatas diperolehi dari blog JKKK(p) Kota Sarang
Meurutnya, persaingan sudah sampai tahap dimana pemimpin sudah melondeh pemimpin yang lain. Ini hanya akan membantu pembangkang.

Pandangan kami berbeza dan konsisten dengan pendirian yang biasa diambil oleh UMNO sebagai parti pemerintah dalam hal sedemikian.

UMNO tidak masuk campur dalam hal urusan kerajaan. SPRM adalah badan bebas yang tidak tertakluk kepada mana-mana campurtangan Menteri. 
Urusan kerajaan dan SPRM tidak boleh bergantung kepada perkembangan politik dalam UMNO. Siasatan terhadap sebarang salahlaku rasuah tidak boleh menunggu suasana politik yang selamat untuk dilakukan.
Pemilihan UMNO hanya kebetulan. Isu berkenaan Felda sudah mula banyak bersebar sejak FGV disenaraikan. INi bukan baru dan pastinya SPRM dah tengok-tengok dah lama.

Memandangkan Felda adalah lubuk politik UMNO, kita tak boleh biaran hal ini menjadi isu pembaangkang. Kita perlu benteras apa sekali salahlaku Felda sekarang.

Penglibatan Isa belum pasti tapi sebagai Pengerusi dia tahu akan keputusan-keputusan sedemikian Apa perlu ada aprtmen mewah untuk Felda di London. Apa langsung ramai peneroka Felda ke London?

Jangan pulak nak bergaya menggunakan duit peneroka dan orang miskin
Dah tentu kita nak pembersihan dan benteras parti dari sebarang pemimpin yang tidak membantu PRU14, eloklah kita tak pilih pemimpin yang was-was. 
Baca laporan auditor general dari 2012, 2011, 2010, dan 2009. Ada calun-calun yang sebagai Menteri terlalu banyak salahlaku dan amalan kronisma di suspek berlaku dalam Kementeriaan mereka. 
Tentu sekali ianya tak boleh hanya dipersalahkan pada pegawai dan entera kerajaan. Menteri juga perlu bertanggungjawab.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut