5 Oktober 2013

Kenapa Anak Anak Melayu Tak Pandai Rebut Peluang....?

Posted by Unknown On Sabtu, Oktober 05, 2013 | No comments
Bandaraya Mekah al-Mukarammah kini bukan lagi seperti yang pernah saya kunjungi hampir 20 tahun lalu. Pada masa itu saya berkunjung untuk berumrah setelah selesai melanjutkan pelajaran di sebuah negara. Pada masa itu tiada apa yang menarik mengenai Mekah, selain Masjidil Haram dan Tanah Haram ini. Bangunan-bangunannya biasa-biasa sahaja. Pada masa itu suasananya tenang. Gerai-gerai memenuhi sekeliling masjid haram itu. Hari ini, di saat ini saya kembali menziarahi ke kota raya ini. Kali ini untuk menunaikan Rukun Islam Kelima, iaitu ibadah haji. Tetapi kunjungan ini cukup bermakna. Bermakna kerana bandar raya ini telah dan sedang mengalami transformasi dari segi fizikal. Jika sekitar dua dekad dulu, pembangunannya tiada apa-apa, kini di hadapan mata saya, saya dapat menyaksikan Menara Zam-Zam yang menempatkan menara jam besar. Dari kejauhan semasa memasuki bandar ini dengan bas dari Madinah - ia menjadi mercu tanda mengagumkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut