7 Oktober 2013

Liyana Jasmay Pernah Menangis Bimbang Botak

Posted by Unknown On Isnin, Oktober 07, 2013 | No comments
PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay memberitahun dia pernah menangis gara-gara mempunyai masalah keguguran yang sangat teruk pada tiga tahun lalu.
Liyana, 25, berkata, keadaan itu membuatkan dia risau kepalanya mungkin menjadi botak sehingga menjejaskan usaha untuk berumah tangga pada ketika itu.
“Saya seorang yang sangat sensitif berkaitan dengan rambut. Apabila rambut saya gugur teruk pada tiga tahun lalu, saya menangis dan telefon ayah memberitahu tentang masalah saya.
“Rasa macam kelakar juga, tetapi waktu itu mujurlah Fazura (pelakon) mencadangkan saya untuk berjumpa seorang doktor dan membuat rawatan kulit sehinggalah ia kembali pulih,” katanya.
Tambah Liyana, melihatkan ibunya juga sering mengalami masalah sama, dia semakin bimbang akan mengalami keguguran rambut yang lebih teruk apabila meningkat tua nanti.
Kata pelakon drama NY Cinta itu lagi, walaupun ia kedengaran remeh tetapi sebagai wanita dia harus menjaga rambutnya yang dianggap sebagai mahkota wanita.
Dalam pada itu, Liyana memberitahu sebelum ini dia hanya menggunakan bahan-bahan organik dan sekarang mula mengamalkan pengambilan produk rambut yang bersesuaian mengikut nasihat doktor.
“Sejak rambut saya semakin sihat, saya juga tidak lagi mengamalkan penggunaan penyembur rambut melainkan benar-benar perlu dalam kerja saya, tidak macam dulu lagi.
“Dan jika saya mempunyai masa terluang, saya akan memotong sebiji limau purut dan sentalkan pada kepala,” tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Liyana bakal muncul dengan filem Papadom 2 pada hujung tahun ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends