7 Oktober 2013

KITA pun semua tahu yang perlawanan antara Johor dan Kelantan baru ini agak ‘panas’ dari biasa.
Apapun Kelantan dah diisytiharkan menang bergaya…6-1.
Tak mengapalah dah memang adat bertanding – ada kalah dan ada menang.
Tapi nampaknya ada penyokong yang tak puas hati sampai ‘merepek meraban’ dalam media sosial.
Terbaru seorang peminat yang tak ‘puas hati gila’ meluahkan perasaannya sampai terkeluar habis ayat-ayat yang tak sepatutnya.
Dalam nada berseloroh, dia kata nak upah pembunuh upahan untuk bunuh pengadil dan pemain Indra Putra Mahayuddin!
Mungkin niatnya hanya bergurau, tapi dia lupa ia merupakan satu ugutan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Inilah masalahnya kalau buat sesuatu tanpa berfikir…terlajak perahu boleh diundur, terlajak ‘post’ terimalah padahnya!

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends