7 Oktober 2013

Tiada Kes Dua Budak Ditelan Ular Sawa

Posted by Loveclip Fishing On Isnin, Oktober 07, 2013 | No comments
Pasir Gudang – Polis menafikan hebahan berita disebarkan dalam laman sosial Facebook (FB) berkaitan kejadian dua kanak-kanak berusia empat tahun yang kononnya dibaham ular sawa di Masai di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berita disebarkan itu didapati palsu.
Menurutnya, siasatan mendapati pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian berkenaan.
“Tiada kejadian seumpama itu berlaku di kawasan berkenaan dan kami juga tidak menerima laporan mengenainya,” katanya.
Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang berkata, pihaknya menyedari perbuatan pihak tertentu yang menyebarkan berita berkenaan dalam FB.
“Kami tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian berkenaan,” katanya.
Dalam hebahan di FB, kelmarin, dua kanak-kanak berusia empat tahun dikatakan dibaham ular sawa di Kampung Sentosa, Masai, di sini.
Kejadian berkenaan didakwa berlaku pagi kelmarin.
Berita berkenaan menarik perhatian ramai pengguna FB dan ia dikongsi kira-kira 200 penduduk sekitar Masai selain seluruh negara.
Malah, terdapat gambar menunjukkan ular sawa berkenaan diletakkan dalam sebuah kenderaan.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut