7 Oktober 2013

Shila Amzah Diminta ‘Tutup Mulut’ Oleh Keluarga

Posted by Unknown On Isnin, Oktober 07, 2013 | No comments
Hai, ingatkan sudah tiada lagi kisah panas antara Shila Amzah dan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.
Terbaru, Shila Amzah diarahkan untuk ‘tutup mulut’ oleh keluarganya selepas statusnya di Twitter mendapat respon daripada Sharnaaz yang ingin bersemuka dengannya, merujuk laporan Sinar Harian.
Status tersebut bebunyi:
“Takut nak tgk BENCINTA..tapi teringin nak tgk kak nora berlakon macam tu.. Takut terbayang-bayang..been there.. Esok la gagahkan diri.
Kontroversi tercetus apabila ada pihak yang cuba mengaitkan status tersebut kepada hubungannya dengan Sharnaaz sebelum ini.
Bagaimanapun, Shila menafikan sekeras-kerasnya perkara itu dengan menyatakan bahawa dia tidak membabitkan sesiapa pun dalam tulisannya itu.
Justeru, ibu Shila, Fauziah Sarman menegaskan bahawa anaknya tidak akan memanjangkan lagi isu tersebut kerana tidak mahu memburukkan keadaan.
Selepas ini, diharap Shila dan para artis lain lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang status di laman sosial.
Memanglah akaun itu milik dan hak kita, tapi jangan lupa untuk memikirkan insan lain yang ada di sekeliling kita. Tak pasal-pasal mereka kecil hati!

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut