8 Oktober 2013

Video Lelaki Ditampar Berkali-Kali Oleh Awek!

Posted by Unknown On Selasa, Oktober 08, 2013 | No comments
Ini mungkin sesuatu yang amat menyedihkan bagi kaum Adam apabila seorang lelaki di Hong Kong disuruh melutut dan ditampar berkali-kali oleh teman wanitanya di tempat awam.
Kejadian ini berjaya dirakamkan oleh seorang lelaki yang menyaksikan dua orang wanita berbaju merah dan hitam sedang berdiri, manakala lelaki itu sedang melutut sambil bertengkar hebat.
Bagaimanapun, teman wanitanya itu dilihat lebih mendominasi keadaan.
Daripada apa yang kami faham, dia mempersoalkan sebab lelaki itu mengajak wanita berbaju hitam yang juga sepupunya itu datang ke rumah.
Pada masa yang sama, lelaki tersebut meminta sepupu teman wanitanya itu memberitahu perkara yang sebenar.
“Kenapa awak tak cakap apa-apa? Saya tak buat semua itu, kenapa awak menfitnah saya?” katanya teresak-esak.
Teman wanitanya pula didengar berkata,”Saya ada di sini dan awak pula membawa perempuan lain datang ke rumah.”
Dia kemudiannya bertindak ganas dengan memegang rambut dan menampar muka lelaki itu berkali-kali.
Anehnya, lelaki tersebut membiarkan saja perbuatan wanita itu seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku.
Pada masa yang sama, orang ramai yang marah dengan perbuatan wanita meminta lelaki itu untuk berdiri.
“Kenapa awak perlu melutut?”
“Awak seorang manusia. Kenapa awak tak boleh membawa orang lain datang ke rumah. Ibu awak pun takkan memaksa awak melutut.”
Itu antara kata-kata ‘semangat’ oleh beberapa orang yang berada di tempat kejadian.
Bagaimanapun, teman wanitanya meminta mereka untuk tidak masuk campur dalam hal tersebut.
Daripada apa yang kami tahu, teman wanitanya sudah ditahan dan kini dibebaskan atas ikat jamin.
Anda nilailah sendiri video ini dan kami tak tahulah apa nasib lelaki ini jika dia berkahwin dengan wanita tersebut.
Mungkin dia akan menerima gelaran ‘jantan dayus’ jika berterusan begini suatu hari nanti.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends