Amanda Muse yang berasal dari Kanada menyatakan dia antara sebab dia suka tinggal di negara kita ialah kerana keadaan iklim Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun.
Amanda sudah lebih tiga tahun menetap di Kuala Lumpur kerana mengikut suaminya yang bekerja di sini.
Selain itu, dia juga menyatakan kos sara hidup di sini adalah sangat rendah selain memuji keindahan pantai yang terdapat di tanah air kita ini.
Amanda juga memuji keramahan sikap yang dimiliki oleh penduduk Malaysia.
Orang luar pun memuji keindahan yang terdapat di Malaysia, jadi sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi di negara kita.
Keamanan dan kesejahteraan negara harus dikekalkan walaupun mungkin terdapat perbezaan dalam fahaman politik yang disokong oleh kita.
Tak gitu?
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.