BHOPAL – Sekurang-kurangnya 64 orang
maut dan lebih 100 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah
jambatan di luar sebuah kuil Hindu di tengah India pagi semalam, kata
polis.
Berpuluh-puluh yang lain dikhuatiri maut
selepas mereka terjun ke dalam sungai dekat jambatan berkenaan yang
terletak di negeri Madhya Pradesh.
“Lebih 60 orang disahkan mati dan angka
korban dijangka mencapai 100 orang. Lebih 100 yang lain cedera,” kata
Timbalan Polis daerah Datia, Inspektor Jeneral D.K. Arya.
Menurut Arya, rempuhan dipercayai
berlaku apabila kumpu- lan penganut Hindu panik kerana menyangka
jambatan dekat Kuil Ratangarh akan runtuh akibat dilanggar sebuah
kenderaan berat.
“Terdapat khabar angin yang jambatan
akan runtuh selepas di- langgar sebuah traktor. Ramai orang takut
terjatuh ke dalam sungai,” katanya.
Penganut Hindu menyambut hari penghujung
festival Navara- tri yang menarik berjuta-juta penganut agama itu ke
kuil-kuil ter- utama di utara India.
Pada Februari lalu, seramai 36 orang
mati terpijak ketika sejum- lah penganut Hindu pulang dari festival
Kumbh Mela di tebing sungai Ganges. – Agensi
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.