21 Oktober 2013

FORUM UFB vs ANWAR BATAL SEBAB TAK SAMA 'PAR'!!!

Posted by Unknown On Isnin, Oktober 21, 2013 | No comments


Itu je alasan yang diberikan oleh budak - budak PKR yang dok bangga mendabik dada memperjuangkan dasar Kebebasan Hak Bersuara di Australia?

Hanya semata - mata kerana Ustaz Fathul Bari dikatakan tidak sama 'PAR' dengan Si Ketua Penipu, maka forum tersebut dibatalkan? Dangkal sungguh alasan yang diberikan.

Korang baca sendiri la hujah yang diutarakan oleh salah seorang Mantan pelajar di Adelaide ni. Kemudian korang boleh faham betapa singkatnya pemikiran budak - budak PKR yang dok banggakan diri tak tentu arah tu sendiri!!!
1. Sejak bila PKR mengamalkan sistem kasta? Adakah semua perkara perlu dilihat kepada par seseorang dalam politik apabila ingin sepentas dengan DSAI? Diulang sekali lagi, wacana yang ingin dijalankan bukan wacana politk. Janganlah setiap perkara hendak dinilai dengan politk.

2. Adakah hanya politikus yang tua saja yang layak memberi pandangan? Pemikiran apakah ini? Tajuk umum yang mampu diulas oleh sesiapa menurut sudut pandang masing-masing. Apakah pemuda-pemuda PKR tidak meraikan kepelbagaian pandangan dan idea?

3. Adakah orang agama tidak layak sepentas dengan DSAI hanya disebabkan dia UMNO? Adam Adli boleh berkongsi pentas bas PKR dengan DSAI disebabkan dia membantah kerajaan? Jika beginilah sikap asabiyah dan sekular yang ada dalam kepala orang dikeliling DSAI, sudah pasti mereka juga akan jadi seperti dinosour-dinosur UMNO suatu hari nanti.

4. UFB mempunya PhD. DSAI ada PhD? UFB sudah melalui proses akademik untuk mendapat PhD dengan kelulusan mumtaz (cemerlang). Adakah UFB tidak dipandang sebagai ahli akademik? PhD beliau diselia dan disemak oleh ulamak-ulamak hadis di Malaysia dan di tanah arab.

5. Mungkin budak-budak PKR terlupa atau tidak tahu dengan kisah Usamah bin Zaid ra. yang masih muda dan tak sama par dengan ahlul Badar diarahkan untuk memimpin sahabat-sahabat rhum yang lebih senior untuk pergi berperang. Ini dalam hal memimpin. Kami cuma mahukan UFB dan DSAI sepentas berkongsi idea dan pandangan. Apa masalah?

6. Mungkin juga budak-budak AIC tidak pernah tahu perihal al-Imam as-Syafie rah. dibenarkan memberi fatwa seawal usia 14tahun. Ini hal memberi fatwa yang menentukan halal dan haram dalam urusan syurga neraka. Apa besar sangan par DSAI dengan UFB nak banding dengan par Imam as-Syafie rah. ketika 14 tahun ?

7. Apakah kelayakan DSAI memberi khutbah pula? Sedang di hadapan yang mendengarnya mereka yang punya kelulusan dalam bidang agama. Jika par itu menjadi ukuran, budak-budak AIC patut bantah kerana par DSAI tidak layak di situ. Layaknya beliau hanya di pentas-pentas bahasa dan politik sahaja.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut