KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kepada
lima anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua
tuduhan merogol anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun.
Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun
mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan
mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang
mahram terhadap mangsa.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia
didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah bangsal kebun
simpang Santong Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, kira-kira jam
3.30 pagi, 16 Ogos lalu.
Dia yang mempunyai dua isteri itu turut
didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat sama,
kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 September lalu.
Bagi setiap pertuduhan itu, lelaki
terbabit berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak
lebih 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.
Wan Fadhilah Nor menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mahkamah turut membenarkan dia diikat
jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat dia
tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.
Sinar Harian keluaran 1 Oktober lalu
melaporkan mengenai seorang penjaga dusun yang tergamak menjadikan anak
sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan
perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.
Perbuatan jijik si bapa terhadap mangsa
terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila
dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri, serta
terlalu takut setiap kali berhadapan suspek
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.