11 April 2013

Lagi banyak gambar!!! Adakah Hadi nafi video besi juga

Posted by Unknown On Khamis, April 11, 2013 | No comments



Dua minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS, Shaidi mempersoalkan keputusan Nik Aziz untuk terus mencalunkan Dr Saiful sebagai ADUN Selinsing.

Shaidi mencabar Saiful dan pasangannya membuat juain DNA untuk dibanding dengan DNA anak kedua bongsu pasangnnyanya. Sehingga kini sebelah sana terus mendiamkan diri tidak menafikan malah menjawab atau saman.



Nik Aziz pun mati-mati mempertahankan Anwar Ibrahim yang terlibat dengan China Doll dalam video yang boleh disahkan oleh Dato Eskay dan polis serta pelbagai bukti tersedia.

Malah dia mengugut sesiapa yang menuduh Anwar Ibrahim dengan hukuman tuhan kerana fitnah (walupun berbukti dan saksi). Haji Hadi pula kata video bukan bukti. DIa hanya besi tak boleh jadi saksi. Tapi video boleh jadi bukti.
 
Tengahhari tadi, kita didedahkan dengan video seks melibatkan Setiausaha Agong PAS, orang kuat Cikgu Hadi dan ahli faction ulamak, Cikgu Pa di Kedahan69ers SINI 

Kami ada pula lagi gambar-gambar lain:





Apa sekali helah yang mahu diguna, gambar-gambar di atas pasti menunjukkan ianya Cikgu Pa. Sama dengan orang di bawah:




Sebelum nak tuduh UMNO dan label UMNO sebagai UMNOporno dua ahli AMK ditangkap atas tuduhan memyebar. Baca Flying Kick SINI

Adakah Hadi mahu katakan besi juga?

TERKINI

Video berikut



Lagi Gambar Dan Video
GUA CUMA BOLEH CAKAP
PAS BODOH!!!

Gomo simpati kepada Mustapha Ali kerana beliau sebelum ini merupakan orang yang paling lantang dalam mendesak agar PAS dan UMNO bersatu dalam kerajaan Perpaduan. Beliau merupakan orang yang cukup baik kerana beliau juga waktu ini sedang mengatur untuk Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa menjadi orang tengah antara perpaduan PAS dan UMNO.
Anwar Ibrahim pastinya tersenyum puas waktu ini kerana
PAS tidak lagi boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai
Pemimpin Pakatan Rakyat kerana PAS juga mempunyai pemimpin
yang bermasaalah moral.
Pendek kata PAS tidak boleh mengatakan
Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Perdana Menteri
Jika Pakatan Menang PRU 13 ini.
Psssttt... Sedarlah wahai puak puak PAS, siapa PKR tu jangan jadi BODOH!


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara

10 April 2013

Semalam, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Chua akan bertanding di Segamat, seterusnya mengakhiri spekulasi mengenai pencalonannya.

Dalam reaksi segera, Lim berkata rundingan awal adalah untuk DAP berada di kerusi Segamat yang sebelum ini ditandingi pada tahun 2008.

Lim berkata, keputusan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah adalah "keputusan berasingan" dan bukan hasil daripada mana-mana pertukaran kerusi Parlimen antara DAP dan PKR.
 
"Persetujuan DAP untuk PKR bertanding di kerusi Parlimen Segamat adalah bergantung kepada penyelesaian pertikaian antara DAP-PKR bagi peruntukan kerusi di Johor," kata Lim dalam kenyataan ringkas tiga perenggan.

Beliau juga membuat kesimpulan bahawa pengumuman Anwar menunjukkan persetujuan kepimpinan PKR terhadap terma DAP.

DAP mahu bertanding tujuh kerusi persekutuan dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri - yang mana menurut Lim adalah kurang daripada satu pertiga daripada 26 kerusi persekutuan dan 56 kerusi negeri di Johor.

"Dengan pengumuman Anwar, ia boleh diambil bahawa syarat-syarat persetujuan DAP untuk membenarkan PKR bertanding di kerusi Parlimen Segamat telah dipersetujui oleh kepimpinan PKR, iaitu DAP akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (termasuk Johor Jaya)," katanya.

Lihat betapa angkuhnya kenyataan Kit Siang. Seolah-olah tiada langsung rasa simpati kepada PKR. Kenapa dia berani bertindak sedemikian ? 

Dia berani kerana dia tahu apa sahaja pun yang dia lakukan Anwar tidak akan melawan, kerana semua rahsia Anwar kini ditangannya....!

PRU 13 - Terbaeeklah Najib...!

Posted by Unknown On Rabu, April 10, 2013 | No comments

Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) “Menepati Janji, Membawa Harapan” pada Sabtu lalu, mendapat reaksi yang positif dari majoriti rakyat Malaysia. Ini kerana manifesto tersebut dilihat lebih konkrit dan menggambarkan kesungguhan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertingkat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Malah rakyat juga dilihat semakin yakin dengan kemampuan  dan kebolehan BN untuk menunaikan semua ‘akujanji’ yang dibentangkan sekiranya diberikan mandat mentadbir negara untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Menurut Perdana Menteri, menerusi blog 1Malaysia mengatakan mandat yang diberikan rakyat anda adalah merupakan sebuah janji yang membawa harapan, mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan.

“Masa depan negara ini berada di tapak tangan anda. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul” katanya.

Tambah menarik perhatian, manifesto yang mengandungi 17 perkara utama itu  merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat serta turut memberikan perincian terhadap apa yang akan dilakukan.

Malah manifesto tersebut yang dizahirkan dalam bentuk dokumen 'aku janji' itu merupakan satru aspirasi khusus untuk golongan muda bersama-sama menjayakan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Ia bukan sahaja menjadi pendorong kepada golongan muda khususnya belia tetapi turut menyediakan nilai tambah kepada mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang usaha niaga komersil.

Namun, ternyata ia bukanlah merupakan satu berita yang mengembirakan pakatan pembangkang, yang melihat ‘akujanji’ tersebut sebagai satu lagi halangan baru yang akan menyukarkan lagi gerakan untuk merampas Putrajaya. Ini kerana ketika mereka mengunapakai pendekatan ‘Manifesto Bukan Janji’, BN dilihat bertindak bijak dengan memberikan kesungguhan untuk melaksanakan semua perkara yang dibentangkan itu.

Selain itu Datuk Seri Najib turut menegaskan manifesto tersebut telah dirangka dengan penuh teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha yang dilakukan bagi mendapatkan maklum balas daripada segenap lapisan rakyat di negara ini.

Menerusi laman blognya, beliau berkata ia bukanlah satu manifesto yang direka dalam masa sehari hanya untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Malah saya sendiri telah mengamalkan aktiviti turun padang untuk lebih memahami segala isu dan keutamaan rakyat daripada semua peringkat umur, pendapatan, tempat tinggal, bangsa dan agama.

"Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini," katanya.

Ia berbeza dengan pakatan pembangkang, pimpinan Anwar Ibrahim yang dilihat tergesa-gesa ketika membentangkan manifesto mereka tidak lama dahulu.
Ia ekoran kegagalan mereka memasukkan beberapa perkara yang sebelum ini menjadi agenda perjuangan mereka seperti isu royalti minyak, tuntutan Hindraf dan sebagainya.

Sehingga menyebabkan beberapa pimpinan NGO tersebut melahirkan rasa kesal dan marah atas sikap sambil lewa yang ditunjukkan.

Ketidakpekaan mereka meneliti satu butir perancangan juga dilihat sebagai satu kelemahan pembangkang yang hanya ingin mengemis simpati rakyat agar memilih mereka dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Kesimpulan, kegusaran pimpinan pakatan pembangkang dengan menyerang manifesto BN adalah merupakan satu bukti jelas bahawa majoriti rakyat menyambut baik semua perkara yang dibentangkan.
Ditambah dengan rekod buruk mereka sebelum ini yang gagal melaksanakan semua perkara yang dijanjikan di dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ kecemerlangan Datuk Seri Najib ini dilihat bakal menjadi mala-petaka buat pakatan pembangkang.

PRU 13 - Kalau Anda Sokong Najib, Anda Sokong Calon BN...

Posted by Unknown On Rabu, April 10, 2013 | No comments

Di saat-saat akhir pilihanraya, pembangkang terus cuba memomokkan rakyat bahawa menukar kerajaan bukanlah sesuatu yang harus dikhuatiri kerana mana-mana parti pun pasti akan cuba berbuat yang terbaik untuk rakyat.

Dalam pada itu, pembangkang terus menonjolkan Barisan Nasional sebagai bukan sebuah parti yang baik, manakala parti mereka adalah yang terbaik. 

Hakikatnya, menukar kerajaan bukanlah perkara kecil dan boleh dicuba-cuba dan diperbetulkan kembali dengan mudah.  Sekali kita menukar kerajaan, beberapa polisi akan turut berubah sama yang mana tidak semudah itu untuk diubah pula jika tidak berpuas hati.....

Apatah lagi jika kerajaan baru itu mengambil langkah awal menghapuskan atau menukar semua platform bagi menyukarkan polisi tersebut diubah kembali ke asalnya. 

Lihat saja bagaimana Presiden Morsi di Mesir yang mendapat kuasa melalui pemberontakan kini menyusun prosedur dan undang-undang baru bagi menghapuskan apa jua peluang bagi orang lain menjatuhkannya melalui cara yang sama, termasuk menangkap mereka yang mengkritiknya. 

Apa yang berlaku kepada rakyat Mesir tidak mustahil berlaku di Malaysia, iaitu terpedaya dengan pihak yang ingin merampas kuasa kerajaan yang ada tetapi berakhir dengan mendapat kerajaan yang jauh lebih kejam.   Bak kata pepatah, sia-sia saja rakyat Mesir lari dari mulut harimau tetapi akhirnya masuk ke mulut buaya. 

Malaysia adalah negara yang jauh lebih ‘rapuh’ dari Mesir dan juga jauh lebih ‘muda’.  Oleh itu tindakan menukar kerajaan tentulah jauh lebih berisiko lagi. 

Ini kerana kita bukan sahaja berhadapan dengan risiko ketidakstabilan kerana diperintah oleh tiga orang pemimpin kuku besi dari tiga parti yang sering bertentangan prinsip, tetapi juga berhadapan dengan kemungkinan terhapusnya keseluruhan sistem dan budaya bangsa asal negara ini dengan terbuangnya Raja-raja Melayu yang merupakan cita-cita azali Parti DAP.   

Kita juga mungkin berhadapan dengan risiko kehilangan kedaulatan jika dilihat dari bantuan-bantuan asing yang dipohon dan diberikan oleh rangkaian zionis kepada Parti PKR. 

Malah, kita juga mungkin berhadapan dengan pemerintahan ala Taliban, mundur, chauvinis, kejam, tidak adil dan terkebelakang bagaikan zaman jahiliah jika dilihat dari mentaliti PAS yang mengambil sikap tidak apa jika puak mereka terlibat dalam skandal melibatkan wanita tetapi di masa yang sama mengambil sikap tertutup terhadap hak-hak wanita. 

Dengan semua kemungkinan ini bercampur-baur, adalah mustahil bagi kita untuk menggambarkan satu pemerintahan yang stabil di bawah kerajaan PR.    Apatah lagi apabila PR telah terbukti gagal menjadi kerajaan yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka. 

Mengambil kira semua risiko ini, terbukti rakyat tidak mampu membuat pilihan yang salah dalam pilihanraya.  

Rakyat wajib memahami bahawa pilihanraya ini bukan lagi berkisar tentang hal setempat, atau diri sendiri atau calon.   Pilihanraya kali ini perlu dilihat dari gambaran yang lebih luas iaitu soal masa depan negara, dari segi kedudukan agama Islam, bangsa dan kedaulatan, sekali gus diri sendiri, keluarga dan generasi masa depan.   

Oleh itu, jika kita yakin dengan kepimpinan Dato’ Seri Najib, maka kita wajib yakin dengan calon pilihannya. 

Bagaimanapun, kita percaya yang rakyat Malaysia kini sudah jauh lebih matang dan terbuka untuk menilai keadaan.  Rakyat juga sudah cukup lali dengan masalah cantas-mencantas dan sabotaj-mengsabotaj siapa saja yang terpilih nanti

Justeru, usah terpedaya dengan pihak-pihak yang berpolitiking keterlaluan itu, kerana kuasa memilih ada di tangan rakyat, bukan Ketua Bahagian atau Cawangan atau Ahli-ahli Jawatankuasa parti.
Biarkan golongan yang masih tidak sedar itu berpolitik sesama sendiri, tetapi rakyat wajib menetapkan pendirian untuk memilih berdasarkan Parti - bukan calon.  

Pendek kata, jika anda memilih BN, maka anda wajib memangkah BN walau siapa pun calonnya.   Ingatlah bahawa undi anda akan menentukan kerajaan, bukan hanya wakil rakyat di kawasan anda.  

Menilai dan memilih calon terbaik bukanlah mudah. Tetapi, menilai dan memilih sebuah parti politik itu adalah tidak sukar kerana kita hanya perlu melihat kepada diri kita dan sekeliling kita.

Sekiranya, kita berada di dalam suasana aman dan selesa, negara pula tidak bergolak, suara dan ketidakpuasan hati kita diberi perhatian, peluang untuk berjaya ada di mana-mana, maka itu menunjukkan bahawa parti politik yang memerintah adalah cukup baik.  

Maka, jelaslah bahawa Malaysia bukan berada di mulut harimau pun, jadi kenapa kita perlu lari ke mulut buaya...?


Mereka berebut kerusi, mereka tidak sepakat, mereka hanya mahukan kuasa walau apa cara sekalipun. Niat mereka hanya satu iaitu UMNO dan Barisan Nasional tumbang dan kuasa milik mereka. Saksikan video dibawah ini:

20 April & 5 Mei Hari Penting Untuk Semua Rakyat Malaysia

Posted by Unknown On Rabu, April 10, 2013 | No comments



Akhirnya kita mengetahui tarikh Penuh bagi Pilihanraya ke 13 tahun ini. Sudah lama menunggu dan akhirnya kita ketahui hari ini.
Tarikh penamaan calon : 20 hb April 2013
Tarikh pengundian : 5 hb Mei 2013

Rakyat sudah tidak sabar untuk mengundi, rakyat sudah lama menunggu untuk memastikan mereka dapat membuang undi pada tahun 2013 ini.

Yang pasti rakyat mahu pastikan kemanan kekal di Malaysia dan akan memastikan kerajaan Barisan Nasional kekal mentadbir Malaysia dan juga memastikan Pakatan Pembangkang tumbang kali ini.

Pengundi juga sudah tidak sabar untuk mengundi Barisan Nasional di negeri yang ditadbir Pakatan. Rakyat mahukan negeri negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kedah dan Kelantan kembali ke tangan Barisan Nasional. Rakyat mahukan keamanan dan kesejahteraan hidup.

Inikalilah PRU13 milik Barisan Nasional!

Oh lupa, nanti 20 hb hari penamaan calon Gomo nak salam dan mintak Maaf pada Anwar Ibrahim dan serah sekeping DVD pada dia. Harap dia balik dan tengok untuk fikir panjang. Kalau dia fikir maruah dia akan tarik diri tapi kalau dia tak bermaruah bermakna dia gali kuburnya sendiri di Permatang Pauh.

Psssttt.... Pembangkang jangan ingat mereka kuat kerana rakyat sudah bangkit mengkuburkan mereka pada PRU13 ini.

Cuba Teka Aktiviti Perempuan Ini

Posted by Unknown On Rabu, April 10, 2013 | No comments

Nomination Apr 20, polling May 5

Posted by Unknown On Rabu, April 10, 2013 | No comments

Posted: 09 Apr 2013 09:48 PM PDT
Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof made the announcement 'live' on TV today, ending speculations which started in May last year and dragged on almost a year later.

With 222 Parliament and 505 State seats up for grab, Barisan Nasional is into a 'head-on collision' fight with Pakatan Rakyat in defending its 55-year Federal dominance.

While Pakatan Rakyat's components namely PAS, DAP and PKR are in a tug-of-war over seat allocation, Barisan Nasional is expected to unveil its candidates later today.

Earlier today, BN chairman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak met coalition representatives at the Putra World Trade Centre to shore up the BN election machinery. A press conference is also slotted in the evening.

Najib, who is spearheading BN charge for the first time after taking over as prime minister four years ago, has indicated that he would name the candidates early and there would be surprises.

Well... we will wait!

[VIDEO] Penamaan Calon 20 April, Pengundian 5 Mei

Posted by Unknown On Rabu, April 10, 2013 | No comments


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.

Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.

Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.

Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.

9 April 2013

Hubungan Fazurina Dengan Keluarga Masih Belum Baik

Posted by Unknown On Selasa, April 09, 2013 | No comments
Pelakon Siti Fazurina mengakui hubungannya dengan keluarga masih belum pulih selepas perkahwinannya dengan suaminya, Hykal Zulkifli dilanda kontroversi tahun lalu.
“Saya tak ada menghubungi ibu. Ibu atau adik beradik juga tidak menghubungi saya sehingga kini. Hubungan saya dengan mereka belum pulih lagi. Kami belum berbaik. Tapi saya percaya, masa akan menentukan segala-galanya”, katanya kepada MalaysianDigest.
Fazurina didakwa telah berkahwin lari oleh ahli keluarganya selain dia dan suami perlu bernikah buat kali kedua selepas pelakon itu didakwa memberi maklumat kepada Pejabat Agam Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya..
Fazurina, 31, yang popular menerusi drama rantaian Trilogi Cinta ini sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Semoga hubungan kekeluargaan Fazurina kembali jernih kerana air yang dicincang tidak akan putus sampai bila-bila dan harapnya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kesulitan yang berlaku ke atas keluarga ini.

Dina Nyaris Putus Asa Akibat Berat Badan

Posted by Unknown On Selasa, April 09, 2013 | No comments
PETALING JAYA – Penyampai radio Era FM, Dina Nadzir memberitahu pernah berhasrat untuk melupakan kariernya sebagai penyanyi selepas kecewa dengan diskriminasi masyarakat terhadap berat badannya.
Dina, 28, berkata, dia kecewa apabila berat badannya sentiasa dijadikan isu dan bukan bakat nyanyian yang dimilikinya.
“Sembilan tahun saya bergelar penyanyi dan ada ketikanya saya jadi seorang yang berputus asa kerana diskriminasi masyarakat yang masih tidak boleh menerima bentuk fizikal seperti saya.
“Sebab itu juga saya mengambil keputusan untuk bergelar deejay di Era FM,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Dina, dia sedar berputus asa bukan jalan terbaik dan tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada begitu sahaja.
Dalam pada itu Dina bakal melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan dan berharap ia akan mendapat sambutan daripada peminat.
Malah katanya, single pertama album itu berjudul Wanita Besi telah pun dilancarkan secara eksklusif di Era FM. Album itu bakal memuatkan 13 buah lagu.
“Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi kerana sedar nyanyian adalah minat saya dan tidak mahu sia-siakan bakat yang ada.
“Jadi album ini adalah sebagai satu usaha untuk terus kekal sebagai penyanyi dan saya lega apabila lagu itu diterima dengan baik oleh peminat,” jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai penglibatannya dalam bidang pengacaraan televisyen dan majlis korporat, ia berlaku secara tidak sengaja.
Malah katanya, dia tidak menyedari mempunyai bakat dalam bidang tersebut namun mengakui kerjaya itu sesuai dengan personalitinya.
“Saya sebenarnya tidak sedar boleh menjadi pengacara untuk program televisyen dan majlis korporat kerana tiada bakat ke arah itu tetapi setelah mencuba saya rasa seronok dan semakin selesa,” jelasnya.

Papa Gomo Bertanding Atas Tiket Bebas

Posted by Unknown On Selasa, April 09, 2013 | 2 comments
KUALA LUMPUR – Pemilik blog Papa Gomo akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik yang mewakili pemilik blog itu berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamad Rafi berkata, Papa Gomo sedia bertanding di mana-mana kawasan yang akan ditandingi Anwar.
Identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti, katanya.
Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang. – BERNAMA

Che Ta Dan Zain Umum Tarikh Nikah Lepas Raya

Posted by Unknown On Selasa, April 09, 2013 | No comments
KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin membuat keputusan untuk mengumumkan tarikh perkahwinan mereka selepas sambutan Aidilfitri iaitu pada bulan Ogos depan.
Rozita, 40, berkata, dia dan Zain, 29, akan mengadakan sidang media khas untuk memudahkan mereka serta pihak media berkongsi hal-hal persiapan perkahwinan mereka nanti.
“Selepas Hari Raya nanti kami akan membuat pengumuman perkahwinan kami.
“Cara itu lebih senang agar pihak media dapat berkumpul serentak. Kalau boleh saya tidak mahu mana-mana pihak yang berkecil hati nanti jika tidak diadakan majlis seperti itu,” katanya.
Tambah pengacara Primadona (Astro Prima) ini, dia tidak mengidamkan sebarang perkahwinan yang besar-besaran, sebaliknya berharap dia dan Zain dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh tanggungjawab.
Namun kata Rozita, kekasihnya itu pula mengimpikan sebuah perkahwinan berkonsepkan dalam taman.
“Kami akan membuat majlis perkahwinan di Kuala Lumpur sahaja. Bagi saya cukup sahaja majlis perkahwinan yang sederhana.
“Paling penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan alam perkahwinan itu nanti,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya adakah Rozita masih mahu kekal dengan imej seksi selepas menjadi isteri orang nanti, dia belum pasti tentang hal itu.
“Entahlah, kita tengok sahajalah nanti macam mana,” seloroh ibu tunggal kepada dua orang anak ini.

Enot Sedia Teruskan Hidup Tanpa Suami

Posted by Unknown On Selasa, April 09, 2013 | No comments
KUALA LUMPUR – Pelakon Enot sedia meneruskan hidupnya tanpa suami, Zainul Abidin Mat Noor, 42, selepas merasakan kedua-dua mereka tidak lagi mempunyai keserasian dan persefahaman di dalam rumah tangga.
Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 33, mengakui dia membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap suaminya di Pejabat Agama Kajang awal Mac lalu selepas bertahun-tahun cuba menyelamatkan perkahwinan mereka.
“Ini sahaja jalan yang ada bagi menyelesaikan masalah kami suami isteri.
“Saya harap, dapat meneruskan kehidupan macam biasa selepas ini dan ingin bina hidup baru bersama anak-anak.
“Hidup mesti diteruskan. Cuma saya tidak boleh menceritakan punca hubungan kami retak,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Enot, proses tuntutan cerai masih lagi berjalan memandangkan Zainum telah menghilangkan diri sejak sebulan lalu dan sudah dua kali suaminya itu gagal hadir ke mahkamah.
Enot yang sebelum ini dikenali menerusi drama Mat Despatch dan Zainul telah bernikah pada 21 November 2008 di pejabat Agama Kajang dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Ia merupakan perkahwinan kedua Enot selepas bercerai pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 12 dan Ariana Qaseh Qistina, 6, daripada perkahwinan terdahulu.
Sementara itu, Enot berkata, selepas selesai kes penceraiannya itu, dia ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap karier lakonannya bagi menampung kehidupannya dan anak-anak.
“Saya ingin membuat kemunculan semula tahun ini memandangkan tahun lepas tidak banyak kerja lakonan yang saya ambil.
“Bagaimanapun saya harap tidak ada lagi yang bertanyakan saya tentang isu (penceraian) ini. Berilah saya sedikit masa dan ruang untuk diri sendiri,” ujarnya. – mStar Online
Juara program realiti Mentor, Mohd akan menfailkan saman terhadap penyanyi Zatul selepas tuduhan yang dibuat wanita itu mendakwa dirinya telah dirogol.
Mohd yang juga merupakan protege kepada penyanyi Ziana Zain dalam program realiti itu turut menyatakan bahawa mentornya itu turut menyokong hasratnya itu dan bersedia membantu dirinya dari segi kewangan.
“Saya akan failkan saman terhadapnya (Zatul) dalam masa terdekat ini. Sekarang ini masih dalam proses mengumpulkan bukti-bukti. Pihak polis pun kata yang saya ada peluang menang.
“Kak Gee (panggilan untuk Ziana Zain) ada telefon saya. Dua jam kami berbual di talian malah kak Gee kata, “Mat aku kenal kau Mat. Tiga bulan aku jaga kau, aku tahu lurus kau macam mana. Industri ini ada yang menjatuhkan kita, ada yang menaikkan. Aku dah cakap, kalau berkawan itu kenalah hati-hati. Kita lawan! Tak cukup duit, kau cakap,” jelas Mohd kepada Malaysian Digest.
Mohd turut menyatakan selepas dikaitkan dengan tuduhan itu, kariernya sedikit sebanyak terjejas dengan kontroversi itu.
Demi meneruskan kelangsungan hidupnya, Mohd kini sudah membuka perniagaan masakan popular dari Melaka, Asam Pedas di kampung halamannya di Tiram, Johor.
Restoran kendaliannya itu dinamakan sebagai Asam Pedas Mohd Power.
Diharapkan Mohd bersabar dengan dugaan yang menimpanya kerana lambat laun kebenaran pasti terungkai jua akhirnya nanti.
Kita tunggu dan lihat saja keputusan kes ini nanti ya.
Sejak kebelakangan ini, penampilan pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta semakin menjadi-jadi seksinya.
Sebelum ini penampilannya yang mengenakan skirt pendek yang dimuat naik oleh kekasihnya, Zain Saidin di akaun Instagramnya mendapat kritikan hebat peminat malah cara pemakaiannya itu turut menerima teguran daripada Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Dr Harlina Halizah Siraj.
Kali ini Che Ta tampil lebih berani mengayakan gaun pink yang singkat di bahagian depan dan meleret di belakang ketika bergandingan dengan penyampai trofi Shah Iskandar di ABPBH malam tadi.
Che Ta4
Penampilannya itu turut menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam serta pakaian yang dikenakannya itu tidak sesuai dengan dirinya yang hampir mencecah usia 40-an.
Mungkin Che Ta boleh muhasabah diri dan terima serba sedikit nasihat yang diberikan kepadanya supaya imejnya tidak lagi menjadi bualan hangat industri hiburan tempatan.
Gambar-ABPBH-2012-41
Apa agaknyalah punca pergaduhan ni kan…apakah seperti biasa…rebut jantan?
Jangan salahkan sesiapa dalam isu ini melainkan diri para pelajar berkenaan, guru mereka pun tidak bersalah.
Lagi menyedihkan, dah la ada dua orang sedang bergaduh, yang tukang sorak dan tukang hasut pun ramai…bertudung apa semua tapi bersorak macam tengok pesta.
Asalnya takda macam nak bergaduh sangat, tapi pasal tukang hasut, tukang tuang minyak… akhirnya sampai terselak-selak kain bergaduh.
Tak tahulah bila kejadian ini berlaku tetapi rasanya macam baru lagi dan klip itu sedang viral di beberapa media sosial.
Dari pelat bahasa, rasanya macam kejadian di Kelantan…sedih Tok Guru kalau dia tengok kan…

Ini Bertudung Untuk Menghina Islam Ke?

Posted by Unknown On Selasa, April 09, 2013 | No comments
Entah la ….ini tanda kejahilan atau usaha untuk menghina Islam? Mungkin jugak yang buat tu yahudi kan…
Harap jangan jadi ikutan…kerana ini betul-betul mengelirukan dan menghina.
Apa pandangan anda?

Wajah Ibu Tiri Yang Berdepan Kemungkinan Hukuman Gantung

Posted by Unknown On Selasa, April 09, 2013 | No comments
Seorang wanita berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun di Tumpat, bulan lalu.
Tertuduh, Azlinda Othman, 28, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed di sini, semalam.
Bagaimanapun, ketika prosiding tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Azlinda didakwa membunuh Umi Amilia Azman, 5, di hujung Perumahan Kos Rendah, Kampung Jubakar Pantai, Tumpat antara jam 3 petang hingga jam 8.56 pagi pada 23 Mac hingga 24 Mac 2013.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamed tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh.
Mahkamah menetapkan 8 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi laporan perubatan mangsa. Peguam K H Tay yang mewakili tertuduh tidak mengemukakan sebarang rayuan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan mati di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dipercayai didera ibu tirinya.
Mangsa dikatakan didera ibu tirinya dengan tidak diberi makan selama dua hari selain mengalami kecederaan pada usus besar.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat dua kesan pecah pada usus besar selain kecederaan pada buah pinggang kirinya. -Sinar Harian

7 April 2013

Kata Kuncinya Ialah AkuJanji – Bukan Manifesto

Posted by Unknown On Ahad, April 07, 2013 | 7 comments
Penulis sukar untuk mentafsirkan apa yang dilancarkan Barisan Nasional (BN) malam ini.
Ia terlalu awesome dan terlalu hebat untuk diketepikan begitu sahaja.
Namun, yang paling penting, sesuatu yang tidak diduga langsung ialah, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bukan manifesto, ia AkuJanji.
Bila BN menggunakan istilah AkuJanji, maka secara otomatik apa yang dibentangkan Najib malam tadi di hadapan jutaan rakyat yang mengikutinya secara langsung adalah sesuatu yang mesti, harus dan pasti akan dilaksanakan.
Bermakna, tidak akan wujud kenyataan seperti manifesto bukan janji.
Ini terus AkuJanji… Aku Janji Ok…
Jadi, kalau BN kata 1 juta unit rumah mampu milik, maka 1 juta rumah mampu milik la perlu ada dalam masa 5 tahun lagi.
Satu Unit kurang bermakna ia bukan suatu janji yang berjaya ditepati.
Memandangkan BN dan Najib meletakan penekanan yang amat tinggi terhadap aspek janji, dan apa yang disebutkan beliau malam tadi ialah AkuJanji…maka Najib mahu memperlihatkan beliau benar-benar serius.
Sebetulnya, apa yang Najib buat malam tadi adalah sejarah yang belum pernah terukir di mana-mana pun sebelum ini.
Selama ini kita beranggapan bahawa manifesto adalah janji, tetapi pembangkang telah membuktikan dan menyatakan secara jelas bahawa manifesto bukan janji.
Jadi, bagi memperlihatkan yang BN serius, beliau berkata;
“Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.
“Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia,” kata beliau.
Pada beliau, bagi mencerminkan kesungguhan untuk melakukan segala yang dirancang BN jika diberikan lagi peluang dalam PRU13.
Begitu kuat penekanan beliau untuk memastikan segala yang dijanjikan itu dibuat.
Betapa bertuahnya kita memiliki seorang Perdana Menteri yang sejak dahulu dikenali sebagai seorang yang prihatin.
Malam tadi beliau mengariskan pelbagai macam perkara yang begitu menarik dan berjanji bersungguh-sungguh untuk memastikan ia dicapai.

6 April 2013

Dira Telefon Suami, Mengadu Tentang Hans Isaac

Posted by Unknown On Sabtu, April 06, 2013 | 1 comment
Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Selama ini, dia memang tidak ada masalah dengan Hans Isaac. Malah dek hubungan baik yang telah terjalin sebagai kawan artis sejak sekian lama dengan aktor dan produser kacak itu, menurut Dira Abu Zahar, dia bahkan sudah menganggap Hans seperti abangnya. Namun perasaannya tiba-tiba jadi tidak senang apabila orang yang selama ini dianggap sebagai abang, perlu menjadi 'suaminya'.
 
"Abang Hans, dia kawan baik dengan suami saya. Saya dan suami selalu juga jumpa dia dan kami lepak sama-sama. Saya memang anggap dia sebagai abang. Jadi tak pernah lah terbayang pun yang saya akan berlakon dengan dia. Memang masa mula-mula shooting saja tidak dinafi, saya memang rasa sangat susah bila tahu yang Hans akan jadi suami saya. Sampaikan saya telefon suami saya, mengadu dan tanya pada suami saya, boleh ker saya pegang tangan Hans. Suami saya gelak jer. Dia faham yang kami berlakon.
 
"Mujur juga Hans jenis yang releks. Ada satu ketika tu, saya datang depan Hans dan saya pegang muka dia. Saya cakap pada Hans, "abang saya nak pegang muka abang sekejap jer". Dan dia pun okay. Lepas tu saya terus anggap, sepanjang di set dia adalah suami saya. Tapi nasib baik kami tak banyak babak romantis sebab dari awal lagi hubungan kami sebagai suami isteri dah ada masalah itu dan ini", cerita Dira berkongsi pengalaman kali pertamanya bergandingan dengan Hans Isaac menerusi drama terbaru berjudul, Dahlia
 
Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 29, ditemui di majlis perlancaran drama tersebut bertempat di restoran Serai, KL Live, semalam.
 
Barisan pelakon 'Dahlia'. (dari kiri) Hans Isaac, Dira, Raja Ilya dan Faizal Hussein.Barisan pelakon 'Dahlia'. (dari kiri) Hans Isaac, Dira, Raja Ilya dan Faizal Hussein.
 
Isteri kepada pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof ini juga berkata, dia seperti dapat mengagak yang riak dan rasa segannya terhadap Hans disedari oleh aktor itu. Hinggakan satu ketika, Hans ada menelefon suaminya untuk memberitahu yang mereka berlakon dan terpaksa melakukan beberapa adegan bersentuhan seperti yang dituntut dalam skrip.
 
"Saya rasa Hans boleh nampak yang saya segan dengan dia. Dia pun ada telefon suami saya, dia bagi tahu suami saya yang dia cium dahi saya. Suami saya okay dan cukup memahami kerjaya kami sebagai pelakon", kata yang melakonkan watak sebagai Dahlia. 
 
Drama 40 episod ini mengisahkan Dahlia yang mendapat yang mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. Mereka akhirnya bercerai namun Dahlia hilang segala-galanya termasuklah hak penjagaan anak. Bagaimanapun dia bangkit dan membuktikan pada Razman dia tak mudah ditipu. 
 
Di arahkan oleh Pali Yahya, Dahlia akan bersiaran mulai 22 April di saluran Mustika HD (saluran 134).
 
Kontroversi Tak Gugat Kehidupan
Dalam pada itu, ditanya mengenai kehidupannya selepas insiden pergaduhan dengan seorang wanita di sebuah pusat hiburan yang dikaitkan dengannya setahun lalu, Dira berkata dia kini menjalani rutin harian seperti biasa. 
 
Masanya banyak dihabiskan dengan menguruskan keluarga sambil menyambung pelajaran dan berjinak-jinak dalam penulisan skrip.
 
..
 
"Saya tidak pernah merajuk atau sembunyi selepas kontroversi itu. Saya senyap lebih setahun ini kerana sibuk dengan pelajaran dan keluarga serta anak yang semakin membesar dan sudah bersekolah", katanya yang akan menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Filem dan Televisyen di Universiti Lim Kok Wing, tahun depan.
 
Menurutnya, kejadian lalu banyak memberikannya pengajaran namun sebagai manusia biasa, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang di sekelilingnya. 
 
"Orang setakat hanya boleh bercakap sajalah... Bagi saya, saya berfikiran positif. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya perlu teruskan hidup dan kerjaya saya. 
 
"Lagipun dalam kerjaya seni ni, ada target yang saya nak capai. Insya-Allah saya berazam nak jadi pengarah dan penerbit satu hari nanti, tapi buat masa ini masih lagi belajar sedikit-sedikit dalam kerja penerbitan dan penulisan skrip," katanya.

Pengikut